NILAI, 26 November 2021 – Satu Webinar Syariah Siri-6 Governan Fatwa: Hukum Dalam Pentadbiran Organisasi telah diadakan anjuran Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti dan Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) dengan Kerjasama Unit Latihan, Jabatan Pendaftar. Webinar ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform Zoom dan ceramah disampaikan oleh Dr. Azrul Azlan Bin Iskandar Mirza, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM).

Webinar tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada semua kakitangan dan masyarakat awam berkaitan penetapan sesuatu hukum di dalam pentadbiran dan juga sesebuah organisasi terutama di dalam pentadbiran kerajaan untuk masyarakat awam.

Sepanjang webinar ini berlangsung, para peserta diberi pendedahan berkenaan pentadbiran yang baik (good governan) serta penetapan dan pemwujudan panel Syariah di dalam sesebuah organisasi di Malaysia amnya serta USIM khususnya. Peserta juga turut di dedahkan dengan pentadbiran di sesebuah bank bagi penentuan dan penetapan status halal, haram serta patuh Syariah atau tidak. Webinar ini diakhiri dengan 4 soalan daripada para peserta berkaitan perkara-perkara pematuhan Syariah dan mesra muslim.

Akhir sekali, diharapkan agar webinar ini dapat membantu para peserta dalam menetukan sesuatu pekara sebelum membuat keputusan di masa hadapan untuk kebaikan diri, keluarga dan organisasi.

 

Disediakan oleh

 

Mohd Hazrul Fareeza Bin Harun
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Pematuhan Syariah dan Pentadbiran