NILAI, 27 SEPTEMBER 2024 – Bahagian Integriti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan lawatan kerja dan penandaarasan ke Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko, dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) (USIM). Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dan pertukaran ilmu dalam bidang pengurusan integriti dan kepatuhan, serta mengkaji amalan terbaik yang dilaksanakan di USIM.
Aktiviti dan Perbincangan:
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan pembentangan oleh pihak Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan USIM mengenai tatacara pengurusan kepatuhan dan risiko di universiti mereka. Pihak UNIMAS berpeluang untuk mengkaji kaedah yang digunakan dalam memastikan pematuhan terhadap peraturan dan prosedur yang ditetapkan, serta bagaimana risiko dan keselamatan pekerjaan diuruskan dengan berkesan.
Lawatan ini berakhir dengan sesi perbincangan santai dan jamuan ringan, memberikan ruang bagi kedua-dua pihak untuk mempererat hubungan kerjasama. Bahagian Integriti UNIMAS mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Pematuhan USIM atas penyambutan yang mesra dan perkongsian ilmu yang bermanfaat.
Disediakan oleh:
Seksyen Integriti SCIROSH