FUNGSI BAHAGIAN

Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) mempunyai tiga (2) bahagian dan fungsi bagi setiap bahagian dipecahkan kepada seksyen seperti berikut:

BAHAGIAN PENGURUSAN, PEMATUHAN SYARIAH DAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Bahagian Pengurusan, Pematuhan Syariah dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mempunyai tiga (3) seksyen iaitu Seksyen Pentadbiran, Seksyen Pematuhan Syariah dan Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Fungsi bagi setiap seksyen adalah seperti berikut:

SEKSYEN PENTADBIRAN

  1. Pengurusan SCIROSH
  2. Pengurusan Aset
  3. Sistem Fail & Dokumentasi
  4. Pengurusan Kewangan
  5. Urus setia Mesyuarat Pentadbiran
  6. Latihan dan Pembangunan Staf
  7. Program Umum Universiti

SEKSYEN PEMATUHAN SYARIAH

  1. Bertanggungjawab dalam membantu Pengarah SCIROSH dalam isu pengurusan pematuhan Syariah
  2. Pengurusan Mesyuarat Panel Syariah
  3. Merancang dan melaksanakan program berkaitan dengan Pematuhan Syariah
  4. Menyediakan bahan-bahan promosi dan dokumentasi berkaitan Pematuhan Syariah
  5. Membantu dalam kerjasama pihak luar berkaitan dengan Pematuhan Syariah
  6. Lain-lain tugas yang akan diberikan

SEKSYEN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

  1. Membantu Pengarah SCIROSH berkaitan dengan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  2. Menjadi Urus setia dalam Mesyuarat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USIM
  3. Merancang dan melaksanakan program berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  4. Menyediakan bahan-bahan promosi dan dokumentasi berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  5. Membantu dalam kerjasama pihak luar berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  6. Lain-lain tugas yang akan diberikan

BAHAGIAN INTEGRITI DAN PENGURUSAN RISIKO

Bahagian Integriti dan Pengurusan Risiko mempunyai dua (2) seksyen iaitu Seksyen Integriti dan Seksyen Pengurusan Risiko. Fungsi bagi setiap seksyen adalah seperti berikut:

SEKSYEN INTEGRITI

  1. Bertanggungjawab dalam membantu Pengarah SCIROSH dalam isu pengurusan integriti
  2. Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Integriti
  3. Membantu dalam urusan siasatan kes integriti
  4. Membantu dalam merancang dan melaksanakan program berkaitan dengan integriti
  5. Menyediakan bahan-bahan promosi dan dokumentasi berkaitan integiriti
  6. Membantu dalam kerjasama pihak luar berkaitan dengan integriti
  7. Lain-lain tugas yang akan diberikan

SEKSYEN PENGURUSAN RISIKO

  1. Bertanggungjawab dalam membantu Pengarah SCIROSH dalam isu Pengurusan Risiko
  2. Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Risiko
  3. Membantu dalam perkhidmatan Pengurusan Risiko
  4. Membantu dalam merancang dan melaksanakan program berkaitan dengan Pengurusan Risiko
  5. Menyediakan bahan-bahan promosi dan dokumentasi berkaitan Pengurusan Risiko
  6. Membantu dalam kerjasama pihak luar berkaitan dengan Pengurusan Risiko
  7. Lain-lain tugas yang akan diberikan

.

.