UNIT PENTADBIRAN

Unit Pentadbiran

KLIK DI SINI

UNIT PEMATUHAN SYARIAH

UNIT PEMATUHAN SYARIAH

KLIK DI SINI

UNIT INTEGRITI

UNIT INTEGRITI

KLIK DI SINI

UNIT PENGURUSAN RISIKO

UNIT PENGURUSAN RISIKO

KLIK DI SINI

UNIT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

KLIK DI SINI

Unit Pentadbiran

SCIROSH merupakan singkatan nama penuh dalam Bahasa Inggeris bagi Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Tiga (3) seksyen di bawah SCIROSH iaitu Seksyen Pematuhan Syariah & Pentadbiran, Seksyen Integriti & Pengurusan Risiko dan Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Pejabat SCIROSH terdapat di dua (2) lokasi mengikut seksyen. Seksyen Pematuhan Syariah & Pentadbiran dan Seksyen Integriti & Penguruan Risiko berada di Aras 3 Bangunan Canselori dan Seksyen Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan berada di Aras 2 Pusat Komersil.

SCIROSH menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dalam dan luar USIM seperti berikut:

  • Penasihatan Syariah
  • Pengukuhan Integriti
  • Pengurusan Risiko
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Unit Pematuhan Syariah

Isu syariah yang dihadapi oleh fakulti/pusat tanggungjawab (PTj) berkaitan dengan pengoperasian perkhidmatan boleh dikemukakan kepada pihak Unit Pematuhan Syariah menerusi e-mel kepada Penasihat Syariah atau Urus Setia Panel Syariah USIM. Isu tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Panel Syariah USIM untuk penelitian.

Jawatankuasa Panel Syariah (JPS) akan bersidang sebanyak enam (6) kali setahun tertakluk kepada isu/usul yang dikemukakan oleh pusat tanggung jawab

Untuk tempoh ini, Jawatankuasa Panel Syariah (JPS) hanya membincangkan isu/usul berkaitan hal ehwal dan pentadbiran dalam USIM sahaja dan isu/usul berkaitan masyarakat awam boleh diajukan kepada pihak Majlis Agama Islam negeri.

Unit ini berada di Aras 3, Bangunan Canselori

Unit Integriti

Aduan berkaitan dengan integriti staf boleh dikemukakan kepada Unit Integriti, SCIROSH USIM menerusi empat (4) kaedah iaitu menerusi e-mel, pos, temujanji di pejabat atau serahan tangan borang aduan ke Pejabat Unit Integriti SCIROSH

Ya, template borang aduan disediakan dan boleh menggunakan borang dalam talian pada laman web SCIROSH. Aduan yang berkualiti adalah aduan yang mempunyai komponen 5W1H.

Aduan berkaitan dengan integriti staf boleh dibuat kepada Unit Integriti sekiranya aduan tersebut adalah berkaitan dengan kesalahan jenayah rasuah dan/atau perlanggaran tata kelakuan di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)

Rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan bertujuan supaya seseorang itu melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya.

Berdasarkan kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, empat kesalahan utama rasuah adalah seperti berikut:

  1. Meminta/menerima rasuah
  2. Menawar/memberi rasuah
  3. Membuat tuntutan palsu
  4. Salahguna kedudukan/jawatan oleh pegawai awam

Mengikut kamus dwibahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) 1985 ialah “kejujuran dan ketulusan”, kesempurnaan, ‘keutuhan’. Ini bermaksud integriti adalah sifat “jati diri” yang merangkumi  juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang  kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan lain-lain.

Secara ringkasnya, integriti ada dua bahagian iaitu integriti individu dan integriti  organisasi. Integriti individu  merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Ini bermakna, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.

Integriti organisasi pula tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture).

Unit ini berada di Aras 3, Bangunan Canselori

Unit Pengurusan Risiko

Risiko adalah perkara yang dijangka akan berlaku pada masa akan datang dan memberi impak terhadap objektif yang ingin dicapai. Manakala Pengurusan Risiko adalah kawalan dalaman atau kawalan tambahan yang dibuat untuk mengelakkan berlakunya risiko yang boleh menghalang sesuatu objektif yang ingin dicapai.

Pengurusan Risiko Pusat Tanggung Jawab hendaklah diuruskan dan dipantau oleh Ketua Pusat Tanggung Jawab masing-masing mengikut risiko dan kawalan yang telah ditetapkan.

SCIROSH bertanggung jawab untuk mengumpulkan semua risiko yang berkaitan dengan operasi dan strategik secara keseluruhan buat Universiti bagi memastikan Universiti mengetahui kawalan terhadap risiko untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Pengurusan Risiko bagi PTj buat masa ini diwajibkan bagi PTj yang terlibat dengan pensijilan ISO9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti kerana standard ini telah menetapkan pemikiran berasaskan risiko. Manakala PTj yang tidak terlibat dengan pensijilan ISO9001:2015 adalah digalakkan untuk membuat pengurusan risiko dalam mencapai sasaran yang telah PTj tetapkan.

Template dokumen pengurusan risiko boleh diperolehi menerusi eDOCS SCIROSH pada folder Unit Pengurusan Risiko. Template yang disediakan oleh SCIROSH buat masa ini adalah berdasarkan kepada template yang telah digunakan untuk pensijilan ISO9001:2015. Bagi pensijilan ISO/IEC27001 dan HIRARC adalah berbeza dan perlu dirujuk kepada pihak SCIROSH terlebih dahulu.

Unit ini berada di Aras 3, Bangunan Canselori

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Template dokumen HIRARC boleh diperolehi menerusi eDOCS SCIROSH pada folder Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Pejabat Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berada di Aras 2, Bangunan Pusat Komersil