Pengenalan
Perlaksanaan AKKP di USIM melalui JKKP dengan secara langsungnya akan meningkatkan daya saing dan kualiti untuk menjadi salah satu universiti yang terulung dirantau ini. Universiti yang selamat dan sihat akan membantu pekerja dan pelajarnya menjadi lebih produktif. Kemalangan dan kecederaan semasa bekerja akan merugikan aspek sumber dan kemahiran manusia. USIM berpotensi menjadi model untuk persekitaran kerja yang selamat dan sihat, dan ini akan menjadi contoh kepada IPTA-IPTA yang lain di Malaysia untuk melaksanakan program yang sama.
Fungsi
- Membantu dalam membangunkan sistem keselamatan dan kesihatan serta sistem kerja selamat.
- Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di USIM.
- Mengkaji dan menyemak kajian tentang trend kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja, dan melaporkan pada pihak pengurusan Universiti keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama–sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan.
- Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada pihak pengurusan Universiti bagi penyemakan dasar tersebut (tiga (3) tahun sekali).
- Menimbangkan apa-apa laporan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, di USIM
- Mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko yang terdapat dalam jenis kerja di USIM; tetapi tidak kurang satu(1) kali dalam setiap tiga(3) bulan.
- Membentuk suatu jawatankuasa kecil untuk membantu Jawatankuasa dalam melaksanakan fungsinya
- Menjalankan pemeriksaan tempat kerja
- Menjalankan penyiasatan tempat kerja
- Memantau prestasi keselamatan dan kesihatan di peringkat Pusat Tanggungjawab (Fakulti/ Pusat/ Institut/ Bahagian/ Kolej);
- Membuat keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dankesihatan pekerjaan universiti.
Keanggotaan

Pengerusi
YBhg. Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani
Naib Canselor
.
Ahli (Wakil Pengurusan)

Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff
Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Dato’ Muhammad Haizuan Rozali
Pendaftar

Puan Siti Nurbaya Ismail
Pemangku Bendahari

Ir. Azahar Awalludin
Pengarah
Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti

Kapten (B) Abdul Wahab Mat Zin
Pengarah
Jabatan Keselamatan
.
Ahli (Wakil Pekerja)
.
Ahli (Wakil Pelajar)

Urus Setia
Encik Wan Mohd Hilmi Wan Adam
Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH)
Pertanyaan
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH)
Aras 2, Pusat Komersil
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai
Negeri Sembilan
E-mail: wmhilmi@usim.edu.my