JAWATANKUASA

Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertanggung jawab untuk menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa penting di USIM seperti berikut:

JAWATANKUASA PANEL SYARIAH UNIVERSITI

JAWATANKUASA PANEL SYARIAH UNIVERSITI

Jawatankuasa Panel Syariah USIM merupakan jawatankuasa yang dilantik oleh Universiti untuk memberi penasihatan berkaitan dengan isu-isu syariah di Universiti bagi membolehkan operasi yang dibuat adalah mematuhi syariah yang telah digariskan.

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Jawatankuasa ini diuruskan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan SCIROSH

JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN RISIKO

JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN RISIKO

Pengurusan risiko merupakan salah satu amalan terbaik yang diiktiraf dalam tadbir urus korporat. Ia juga menjadi kriteria penting dalam menentukan kesediaan sesebuah universiti untuk kuasa autonomi. Malah pengurusan risiko sebenarnya memberi faedah yang besar dalam mengawal pembaziran dan mengurangkan kos.

JAWATANKUASA ANTI RASUAH

JAWATANKUASA ANTI RASUAH

Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) berfungsi untuk meningkatkan komitmen universiti dalam membanteras rasuah sekali gus meningkat kan imej USIM, menjana sinergi dalam memastikan sistem pentadbiran universiti dapat digerakkan dalam persekitaran toleransi terhadap rasuah; dan memperkukuh kualiti sistem penyampaian perkhidmatan universiti berteraskan prinsip ketulusan, akauntabiliti serta berdaya saing.

JAWATANKUASA INTEGRITI

JAWATANKUASA INTEGRITI

Jawatankuasa Integriti bertanggungjawab membantu Lembaga Pengarah dalam mengkaji, mengkaji semula dasar dan program berhubung pemantapan amalan pengurusan yang kukuh, berintegriti tinggi dan tadbir urus yang terbaik di USIM.

JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO

JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO

Pengurusan risiko merupakan salah satu amalan terbaik yang diiktiraf dalam tadbir urus korporat. Ia juga menjadi kriteria penting dalam menentukan kesediaan sesebuah universiti untuk kuasa autonomi. Malah pengurusan risiko sebenarnya memberi faedah yang besar dalam mengawal pembaziran dan mengurangkan kos.

Jawatankuasa yang ditubuhkan adalah berdasarkan kepada kelulusan oleh pihak Universiti dengan terma dan rujukan tersendiri. Setiap Jawatankuasa mempunyai fungsi yang berlainan yang dianggotai oleh Pengerusi dan Ahli yang telah dilantik oleh Universiti.