KUALA LUMPUR, 6 April 2021 – Kunjungan hormat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor, YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar dan Tuan Haji Mazlan Nawang, Ketua Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH).

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan pengetahun berkaitan dengan pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) dan serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah rasuah, pemantapan tadbir urus dan peningkatan tahap integriti dalam kalangan warga USIM.

Pihak IIM diketuai oleh Puan Nor’afiza Saim, Ketua Pegawai Eksekutif IIM turut berkongsi kepada USIM berkaitan dengan khidmat rundingan yang ditawarkan oleh IIM untuk USIM dalam pembangunan Pelan OACP dan Anti Bribery Management System (ABMS) yang mampu membendung gejala rasuah, pemantapan tadbir urus/governans dan peningkatan tahap integriti warga USIM. Perkongsian ini dapat membantu USIM dalam mentrasformasikan dan memantapkan lagi pengurusan dalam organasasi.

Pihak USIM berharap agar kerjasama dan kolaborasi USIM dengan IIM dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan negara Malaysia adalah negara yang bebas daripada rasuah dan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi dalam kalangan warganya.