Nilai, 3 April – SCIROSH, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan kempen keselamatan jalan raya yang berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik di Pusat Sukan USIM.

Program dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan pemeriksaan kenderaan yang diadakan di lobi Pusat Sukan. Pada sebelah petang, satu taklimat keselamatan jalan raya bertajuk “Tanggungjawab Bersama, Manfaat Bersama” telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Negeri Sembilan, Zaitun Iffah Bt Hamid, bermula jam 2.30 petang.

Kemuncak program bermula pada jam 4.15 petang dengan ketibaan tetamu jemputan, diikuti oleh ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Universiti (JKPU) USIM serta wakil dari PDRM, JPJ, APM, dan BOMBA.

Majlis ini melibatkan seramai 300 orang pelajar dan staf, selain itu turut diserikan dengan kehadiran Y.Bhg. Professor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, pada jam 4.25 petang. Acara gimik pelancaran dan penyerahan kit kempen keselamatan jalan raya berlangsung pada jam 4.30 petang, diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat pada jam 4.40 petang.

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya keselamatan jalan raya, sekali gus memupuk tanggungjawab bersama dalam memastikan kesejahteraan pengguna jalan raya.