NILAI, 1 Julai 2022 – Majlis Perpisahan Staf SCIROSH dan Sesi Lapor Diri Staf Baharu SCIROSH telah diadakan pada 1 Julai 2022 bertempat di Bilik Perbincangan SCIROSH & PLMJi, Aras 3, Bangunan Canselori USIM. Sesi ini turut diadakan bersekali dengan jamuan makan bersama staf SCIROSH dan juga staf dari Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLMJi).

Majlis Perpisahan ini bagi meraikan Puan Noor Shafiqah Musa, Pembantu Tadbir (Pengkeranian dan Operasi) N19 SCIROSH yang akan bertukar jabatan ke USIM ‘Alamiyyah pada 4 Julai 2022. Pada hari yang sama, pihak SCIROSH juga menerima staf baharu yang melapor diri iaitu Puan Nur Syazwani Muhamad Saupi, Pembantu Tadbir (Pengkeranian dan Operasi) N19 yang akan menggantikan Puan Noor Shafiqah Musa.

Sesi ini turut dihadiri oleh Dr. Mohd Ifwat Mohd Ghazali, Pensyarah Universiti DS51 daripada Fakulti Sains dan Teknologi yang turut melapor diri sebagai Penyelaras di PLMJi. Majlis turut meraikan Dr. Hanim Misbah yang telah tamat pelantikan sebagai Timbalan Pengarah PLMJi.

Pihak SCIROSH mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pihak yang terlibat dan semoga segala urusan di tempat baharu dipermudahkan.