PUTRAJAYA, 2 September 2022 – Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam Malaysia (MPIUA) telah mengadakan Sesi Kunjungan Hormat ke Pejabat YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2 September 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina KPT. Sesi ini dihadiri oleh Ketua Unit Integriti dan Pegawai Unit Integriti Universiti Awam (UA) bagi membincangkan halatuju dan pandangan KSU KPT berkaitan dengan pemerkasaan integriti di UA dan juga kolaborasi antara UA dengan KPT bagi pemantapan tadbir urus.

Pada sesi tersebut, YBhg. Dato’ Seri KSU KPT turut memohon agar semua UA dapat bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan mengadakan Bengkel MPIUA untuk melihat kesesuaian struktur governan agar Unit Integriti di UA adalah bersifat bebas daripada kuasa eksekutif seterusnya dapat memerangi gejala rasuah dan integriti dalam kalangan warga UA. Pada sesi akhir, YBhg. Dato’ KSU KPT turut menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi MPIUA iaitu Puan Nor Aishah Samah dan diakhiri dengan sesi fotografi ahli-ahli bersama dengan YBhg. Dato’ KSU KPT.