NILAI, 24 Mei 2021 – Majlis Penghargaan dan Selamat Berpisah kepada Puan Zurina Md. Saad, Penolong Pendaftar Kanan, Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko, SCIROSH telah diadakan pada 24 Mei 2021 dengan mengamalkan prosedur operasi standard pencegahan penularan wabak Covid-19 pada 24 Mei 2021. Majlis tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar, Aras 2, Jabatan Pendaftar selepas Sesi Perbincangan bersama Naib Canselor berkaitan dengan Unit Integriti USIM.

Majlis tersebut diadakan secara ringkas dengan penyerahan cenderamata daripada Tuan Haji Mazlan Nawang, Ketua Bahagian SCIROSH dan sesi seterusnya diteruskan dengan sesi penyerahan fail serah tugas daripada Puan Zurina Md. Saad kepada Encik Faizudin Ahmad yang akan menggalas tugas sebagai Penolong Pendaftar, Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko SCIROSH.

Pihak SCIROSH mengucapkan selamat maju jaya kepada Puan Zurina Md. Saad di tempat yang baru iaitu di Pusat Pengajian Teras (PPT) USIM dan sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan di atas segala kerjasama serta khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada USIM dalam Pengurusan Integriti dan Pengurusan Risiko