NILAI, 16 Julai 2021 – Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dan Lembaga Pengarah (LPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah bersetuju untuk meluluskan penubuhan Jawatankuasa Integriti Universiti bagi membantu Lembaga Pengarah dalam dalam membuat kajian, mengkaji semula dasar dan program berhubung pemantapan amalan pengurusan yang kukuh, berintegriti tinggi dan tadbir urus yang terbaik di USIM.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti telah bersetuju untuk melantik YBhg. Encik Mansor bin Ibrahim @ Abd. Hamid, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selaku Pengerusi Jawatankuasa Integriti Universiti. Sesi Pertemuan antara pihak Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) telah diadakan pada 16 Julai 2021 secara dalam talian menggunakan aplikasi Microsoft Teams dengan beliau bagi memberi penerangan berkaitan dengan pengurusan mesyuarat jawatankuasa ini.

Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh tiga (3) orang ahli yang telah dilantik oleh Pengerusi Lembaga Pengarah iaitu YBhg. Encik Mohd Hariri Mohamad Daud, YBhg. Dato’ Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil dan YBrs. Puan Halimah Md. Shariff. Pelantikan ahli Jawatankuasa Integriti Universiti adalah berdasarkan kepada terma dan rujukan yang telah diluluskan oleh LPU USIM dan calon-calon adalah merupakan dari kalangan Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan dua (2) orang daripada luar. Keurus setiaan bagi Jawatankuasa ini adalah Tuan Haji Mazlan Nawang, Ketua Bahagian SCIROSH merangkap Setiausaha Jawatankuasa serta Penolong Pendaftar Unit Integriti SCIROSH sebagai urus setia dan Penolong Pendaftar Unit Pengurusan Risiko SCIROSH dan Pembangu Tadbir Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko SCIROSH sebagai urus setia bersama.

 

Disediakan oleh

 

Faizudin Ahmad
Penolong Pendaftar
Unit Integriti SCIROSH