NILAI, 1 September 2022 – Sesi Pertemuan YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM bersama dengan SCIROSH telah diadakan pada 1 September 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar, Aras 2, Bangunan Canselori. Sesi pertemuan ini merupakan kali kedua YBhg. Dato’ Pendaftar ke SCIROSH bagi mendapatkan status pelaksanaan dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh SCIROSH sejak penubuhannya pada tahun 2021.

YBhg. Dato’ Pendaftar telah memberikan amanat dan hasrat daripada pengurusan universiti berkaitan dengan pemerkasaan aspek pematuhan syariah, pengukuhan integriti, pengurusan risiko dan pematuhan kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Sesi tersebut dihadiri oleh Tuan Haji Mazlan Nawang, Ketua Bahagian SCIROSH dan semua Pegawai-pegawai SCIROSH. Setiap seksyen telah membentangkan pelaksanaan aktiviti sepanjang penubuhan SCIROSH pada tahun 2021 dan 2022. Selain itu, SCIROSH juga telah mengeluarkan lebih daripada 10 dasar, polisi, garis panduan dan prosedur sejak penubuhannya dan digunakan oleh USIM.

Diakhir sesi tersebut, YBhg. Dato’ Pendaftar berharap agar SCIROSH dapat memainkan peranan yang penting dalam menguruskan kesinambungan perkhidmatan di USIM dan dapat memberi khidmat nasihat kepada pengurusan universiti berkaitan dengan fungsi teras SCIROSH.