NILAI, 23 SEPTEMBER 2022 – Satu Webinar Syariah Siri-3 2022 – Pemikiran Islam Liberal: Analisis Beberapa Fatwa Semasa telah diadakan secara atas talian menggunakan platform Zoom anjuran Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti dan Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) dengan Kerjasama Unit Latihan, Jabatan Pendaftar. Webinar ini telah disampaikan oleh Ybrs. Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi B. Wan Razali, ahli bersekutu panel syariah merangkap Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM.

Webinar ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang melalui medium zoom. Melalui webinar ini, panel telah menyentuh beberapa contoh Islam Liberal yang pernah wujud di dalam negara Malaysia sejak tahun 1990an sehingga kini. Panel juga menyentuh perkara yang berkaitan bahaya menyertai sesebuah persatuan atau tarekat yang tiada tauliah daripada pihak berkuasa agama sebagai contoh penaklukan Bukit Jenalik di Baling, Kedah oleh sebuah persatuan agama yang di kenali sebagai al-Maunah. Panel turut menyatakan beberapa pandangan dan hukum berkaitan pemikiran Islam Liberal ini oleh pihak Majlis Ugama Islam Indonesia (MUI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang menyatakan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran menyeleweng daripada Islam.

Sepanjang webinar ini berlangsung, terdapat 2 soalan yang telah di utarakan oleh para peserta iaitu

  1. apakah asas pemikiran Islam Liberal samada dengan Muktazilah?
  2. Bagaimanakah cara untuk menghilangkan taksub kepada seseorang ahli agama bagi mengelakkan terjebak dengan Islam Liberal ini?

dan panel telah memberikan penerangan berkenaan kepada semua para peserta dengan baik dengan beberapa contoh.

Sebagai kesimpulan, Islam tidak menghalang kreativiti dan inovasi. Namun ada baiknya jika kreativiti, inovasi, kerja keras dan penggunaan masa umat Islam hari ini di fokuskan kepada pembangunan umat Islam dan dunia keseluruhannya dalam menghadapi masalah perubahan iklim, keselamatan makanan, infalasi kejatuhan ekonomi dan pelbagai perkara lain yang sedang hangat dibincangkan di seluruh dunia.

 

Disediakan oleh

Mohd Hazrul Fareeza Bin Harun

Penolong Pendaftar Kanan

Unit Pematuhan Syariah dan Pentadbiran Am

24 September 2022