NILAI, 5 Januari 2023 – USIM telah membuat penstrukturan jabatan dengan penempatan baharu pegawai termasuk di SCIROSH. Bermula 3 Januari 2023, USIM telah melantik En. Mohd Asri Husain, Timbalan Pendaftar Kanan selaku Pengarah baharu SCIROSH dan menempatkan En. Razman bin Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan di Unit Pematuhan Syariah dan Pentadbiran.
SCIROSH telah mengadakan Sesi Taaruf dan Bengkel Pengurusan Organisasi pada 4 dan 5 Januari 2023 sebagai sesi perkenalan Pengarah bersama semua staf. Selain itu, bengkel ini juga diadakan untuk merancang dan menyelaras semula fungsi, tugas, gerak kerja, hala tuju, program, aktiviti dan KPI setiap unit di SCIROSH.