PUTRAJAYA, 31 Mac 2022 – Unit Integriti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Kes Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LSPRM) pada 31 Mac 2022 secara dalam talian menerusi platform Microsoft Teams. Taklimat ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Zool Amalai bin Omar, Ketua Cawangan Siasatan Integriti Badan Awam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sesi ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dengan amanat beliau agar agensi di bawah KPT dapat mengambil tindakan korektif dan preventif untuk mengelakkan kes-kes yang dilaporkan oleh SPRM berulang pada masa akan datang selain daripada mengambil tindakan punitif kepada pesalah laku.

Sesi taklimat ini melibatkan penyertaan seramai 69 orang pegawai di jabatan/agensi di bawah KPT yang terlibat dalam pengurusan LPSRM termasuk di Universiti Awam. Diharapkan agar sesi taklimat ini dapat memberi pengetahuan kepada semua peserta dalam menguruskan kes yang melibatkan LSPRM dengan berhemah dan telus.