BANGI, 09 NOVEMBER 2021 – Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) telah mengadakan lawatan penanda aras secara fizikal di Hospital Pakar An-Nur, Bangi jam 10.00 pagi. Lawatan penanda aras ini diadakan bagi melihat dan berkongsi berkenaan Pengurusan Risiko Syariah terbaik yang mana Hospital Pakar An-Nur merupakan satu-satunya hospital yang telah di anugerah kan sebagai hospital patuh Syariah oleh pihak SIRIM.

Lawatan ini dihadiri oleh Ketua Bahagian SCIROSH, Hj Mazlan Nawang, staf dari Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko, Seksyen Pematuhan Syariah dan Pentadbiran Am serta Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Turut hadir Bersama adalah YBhg. Dr. Hisham Sabri, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) merangkap wakil panel Syariah USIM. Dari pihak Hospital Pakar An-Nur, diketuai oleh YBhg. Dr. Shaharom Md Shariff (Ketua Pegawai Operasi), Puan Normazita Neimad (Ketua Bahagian Kualiti), Ustazah Samirah dan Puan Aishah.

Sepanjang sesi perbincangan ini, YBhg. Dr. Shaharom Md Shariff telah membentangkan beberapa perkara berkenaan latar belakang pengurusan risiko Syariah Hospital Pakar An-nur maklumat jawatankuasa berkaitan pengurusan risiko Syariah beserta fungsi dan dasar dan garis panduan yang diguna pakai dalam tadbir urus Pengurusan Risiko Syariah Hospital Pakar An-Nur. Pengurusan risiko Syariah Hospital Pakar An-Nur adalah berfokus dalam menguruskan risiko strategik dan risiko operasi yang terdiri daripada pensijilan MS 1900:2014 Pematuhan Syariah.

Akhir kata, sesi lawatan dan perbincangan ini sangat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak kerana dapat berkongsi sebanyak mungkin ilmu pengetahun dan maklumat yang boleh dijadikan contoh di dalam melaksanakan pengurusan risiko Syariah di peringkat universiti. Sesi ini diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi fotografi.

 

Disediakan oleh

 

Mohd Hazrul Fareeza Bin Harun
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Pematuhan Syariah dan Pentadbiran Am