Nilai, 11-15 Mac 2024 Audit Pemantauan ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 USIM bagi Skop Perkhidmatan Pendidikan Tinggi Peringkat Tamhidi, Prasiswazah dan Pascasiswazah dan Penyediaan Perkhidmatan Korporat USIM telah dilaksanakan pada 11 hingga 15 Mac 2024 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Pihak SIRIM telah melaksanakan audit di SCIROSH berkaitan Pengurusan Risiko dan Peluang pada 13 Mac 2024 (Rabu) dan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Syariah (MS1900:2014) pada 15 Mac 2024.