Nilai, 26-27 Februari 2022 – Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) telah melaksanakan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan penularan wabak COVID-19 sempena program Jom Masuk IPT Tahun 2022 (JMIPT) Zon 4 di Dewan Tuanku Canselor (DTC), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 26-27 Februari 2022.

Antara pemantauan yang dibuat adalah perekodan kehadiran pengunjung, pempamer dan petugas menerusi Sistem Daftar Pengunjung yang disediakan di hadapan pintu masuk DTC, pemantauan penggunaan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) tangan bagi setiap pengunjung yang hadir, semburan sanitasi dewan selepas program selesai, penjarakan fizikal pengunjung, pempamar dan petugas dan lain-lain pematuhan SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dicegah.

Program JMIPT 2022 ini berlangsung selama dua (2) ini dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM dengan kehadiran pempamer dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seramai 60 reruai (booth).