NILAI, 5 Julai 2021 – Pertemuan dan perbincangan SCIROSH bersama dengan Puan Halimah Md. Shariff, Mantan Ketua Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan Modul, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku Ahli Jawatankuasa Integriti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Jawatankuasa Integriti merupakan sebuah jawatankuasa yang diluluskan penubuhannya oleh Lembaga Pengarah Universiti dan Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang berfungsi membantu Lembaga Pengarah dalam membuat kajian dan mengkaji semula dasar dan polisi bagi tujuan penambahbaikan tadbir urus yang lebih berintegriti.

Pertemuan ini merupakan pertemuan siri pertama SCIROSH yang diadakan secara dalam talian menggunakan platform Zoom Meeting, yang tujuan untuk berkenalan serta mendapatkan khidmat dan nasihat beliau dalam pembangunan Polisi Anti Rasuah Organisasi (OACP) dan pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) yang akan dilaksanakan oleh USIM.