NILAI, 20 Mei 2022 – SCIROSH dengan kerjasama Kelab Kebajikan Jabatan Canselori dan Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLMJi) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat Canselori, SCIROSH dan PLMJi pada 20 Mei 2022 bertempat di Executive Lounge, Aras 6 Bangunan Canselori.

Turut hadir pada majlis ini adalah YBhg. Profesor Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), ahli JKPU, Pengarah PLMJi, Ketua Bahagian SCIROSH dan staf-staf daripada Jabatan Canselori, SCIROSH dan PLMJi.

Majlis ini dihidangkan dengan aneka juadah hari raya dan turut meraikan hari lahir staf yang lahir pada bulan Januari hingga Jun.