NILAI, 5 Ogos 2022 – Bengkel Penyediaan dan Semakan MyPortfolio Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diadakan pada 5 Ogos 2022 bertempat di Bilik Perbincangan PLMJI & SCIROSH, Aras 3, Bangunan Canselori.

Bengkel tersebut diketuai oleh Tuan Haji Mazlan bin Nawang selaku Ketua Bahagian SCIROSH yang telah menyampaikan hasrat dalam ucapan beliau agar dokumen MyPortfolio SCIROSH dapat disiapkan sebelum penghujung tahun 2022. Walaupun SCIROSH baru ditubuhkan pada tahun 2021, banyak pengalaman khususnya dalam bidang pengurusan pematuhan syariah, pengurusan integriti, pengurusan risiko dan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah dipelajari dan mampu menyediakan satu proses kerja yang jelas untuk rujukan pada masa depan.

MyPortfolio merupakan dokumen rujukan rasmi yang mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan organisasi serta penjelasan mengenai deskripsi tugas, fungsi, aktiviti, prosedur dan proses kerja yang boleh dijadikan panduan dalam menjalankan tugas bagi sesuatu jawatan. Penyediaan dokumen ini adalah selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 4 Tahun 2018 berkaitan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam.

Bengkel Penyediaan dan Semakan MyPortfolio SCIROSH merupakan bengkel siri kedua yang telah diadakan sebelum ini memberi fokus untuk penyediaan manakala pada siri kedua ini adalah bertujuan membuat semakan bersama bagi MyPortfolio semua Unit di SCIROSH. Bengkel ini dihadiri oleh staf SCIROSH dan tamat pada jam 12.00 tengah hari. Kesemua peserta pada kali ini berjaya menyiapkan draf pertama dan penambahbaikan perlu dilakukan dari semasa ke semasa agar proses kerja yang dilakukan adalah relevan dan memenuhi kehendak pemegang taruh.