NILAI, 15 Mac 2023 – Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan program Kursus Pengurusan Bencana (Pengungsian Bangunan) pada 15 dan 16 Mac 2023 dengan kerjasama pihak Bomba, Nilai. Program ini melibatkan hampir kesemua PTj yang ada di USIM, dan turut disertai oleh pelajar dan pelawat.
Program ini diadakan secara teorikal dan praktikal, yang mana pada hari pertama para peserta didedahkan dengan Akta-akta dan Perundangan berkaitan pengurusan bencana seperti Akta Bomba, Akta 514, Arahan MKN 20 dan pelbagai sistem pengurusan ISO yang berkaitan. Manakala, pada hari kedua para peserta didedahkan dengan aktiviti secara praktikal, dengan mempraktikkan semua teori dan kaedah yang dipelajari pada hari pertama seperti ERP, ERT, First Aider dll. Program ini disampaikan oleh Dr. Sharudin Bin Shari, yang mana beliau merupakan salah seorang Bord of Director National Institute of Occupational Sasety and Health (NIOSH).
Program ini diadakan di Bangunan Canselori pada hari pertama, dan Bangunan Perpustakaan pada hari kedua sebagai tempat menjalankan aktiviti praktikal. Sebelum program Fire Drill dilakukan, para peserta didedahkan dengan perancangan dan penyediaan senarai keperluan dan pemeriksaan bangunan secara berkala. Pendedahan ini adalah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para penghuni disesebuah bangunan sentiasa terjaga dan selamat sekirannya berlaku sebarang bencana yang memerlukan pengungsian segera. Program ini adalah selaras dengan perundangan dan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di USIM.
Di akhir program ini, semua peserta pulang dengan gembira dengan kejayaan, menjayakan aktiviti pengungsian di Bangunan Perpustakaan yang melibatkan staf, pelajar dan pelawat. Para peserta berjaya melakukan proses pengungsian dalam tempoh yang sepatutnya iaitu kurang 3 minit dan berjaya melakukan aktiviti menyelamat mangsa yang mengalami kecederaan. Selain itu, para peserta didedahkan kaedah-kaedah pemadaman yang betul, yang disampaikan oleh Bomba, Nilai.