PUTRAJAYA, 11 November 2022 – Lawatan dan Perbincangan USIM dengan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan/Chief Government Security Officer (CGSO), Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 11 November 2022 (Jumaat) bertempat di Pejabat CGSO Putrajaya.

Lawatan dan Perbincangan ini dihadiri oleh YBhg. Puan Yuhani Jamiran, Penasihat Undang-Undang USIM, Tuan Haji Mazlan Nawang, Ketua Bahagian SCIROSH, Puan Nur Zahidah Zulkefli, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Unit Integriti USIM. Manakala pihak CGSO disambut oleh YBrs. Encik Syarifuddin bin Palawa, Timbalan Pengarah Seksyen Keselamatan Perlindungan Maklumat ICT bersama dengan Encik Adzrol Hisham bin Mohamad.

Lawatan dan perbincangan ini diadakan bertujuan untuk bekerjasama dengan CGSO bagi program kesedaran integriti USIM berkaitan dengan Kerahsiaan dan Keselamatan Dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88). Terima kasih pihak CGSO di atas kesudian menerima kunjungan daripada pihak USIM dan semoga usaha dan kerjasama ini dapat dilaksanakan secara berterusan.