NILAI, 4 FEBRUARI 2022 – Unit Pengurusan Risiko telah mengambil inisiatif untuk memberi penerangan kepada semua Penyelaras Kualiti ISO 9001:2015 berkenaan penyediaan penilaian laporan risiko dan peluang bagi tahun 2021. Penerangan berkenaan perkara ini disampaikan menerusi satu taklimat penilaian risiko dan peluang pada 4 Februari di platform Microsoft Teams bagi memantapkan kemahiran berkaitan penilaian risiko, menambah baik tatacara pelaksanaan dan penulisan penilaian risiko.

Objektif penilaian risiko diadakan adalah untuk memenuhi keperluan klausa 6.1.2 standard ISO 9001:2015 yang menyatakan bahawa organisasi hendaklah merancang tindakan untuk menangani risiko dan peluang serta menilai keberkesanan terhadap tindakan yang telah dilaksanakan. Justeru, proses penilaian risiko amat penting bagi mengukur tahap keberkesanan kawalan semasa atau mitigasi yang dirancang dan dilaksanakan bagi mengurangkan tahap risiko di setiap Pusat Tanggungjawab (PTj).

Selain itu, beberapa penambahbaikan hasil daripada laporan Audit SIRIM pada Mac 2021 berkenaan pengurusan risiko dan peluang juga telah disampaikan kepada semua Penyelaras Kualiti untuk memastikan setiap PTj mengambil maklum serta melaksanakan tindakan sewajarnya dalam menguruskan risiko di PTj masing-masing.

Akhir sekali, diharapkan taklimat ini dapat meningkat kefahaman dalam membuat penilaian risiko dan memperkemas tadbir urus pengurusan risiko di semua PTj dalam membantu USIM melaksanakan misi USIM 2022.

 

Disediakan oleh,

 

Unit Pengurusan Risiko

Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH)