NILAI, 28 SEPTEMBER 2021 – Bengkel Dashboard Risiko dan Peluang ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti telah dianjurkan oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA) dengan kerjasama Unit Pengurusan Risiko SCIROSH pada 28 – 29 September 2021 yang lalu. Bengkel ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform MS Teams dan ceramah disampaikan oleh Dr Rabihah Md Sum, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (FST).

Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada pegawai yang bertanggungjawab dalam menyediakan dashboard risiko dan peluang di setiap jabatan masing-masing.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, para peserta diberi pendedahan dalam menentukan identifikasi risiko dan peluang. Kemudian para peserta juga didedahkan mengenai kaedah melaksanakan pengurusan risiko merangkumi proses mengenalpasti, menganalisa dan membuat penilaian risiko. Selain itu, peserta juga diajar untuk mengenalpasti peluang serta menentukan tahap potensi peluang tersebut untuk dilaksanakan di USIM. Bengkel ini diakhiri dengan sesi perkongsian dari SCIROSH berkenaan maklum balas dan cadangan penambahbaikan pengisian dashboard risiko dan peluang PTj.

Akhir sekali, diharapkan agar bengkel ini dapat membantu para peserta dalam melaksanakan pengurusan risiko yang terbaik di jabatan masing-masing.

 

Disediakan oleh

 

Laila Fahada Ahmad Puhad
Penolong Pendaftar
Unit Pengurusan Risiko
Universiti Sains Islam Malaysia