KUALA TERENGGANU, 6 Julai 2022 – Lawatan Penanda Aras (Benchmarking Visit) telah diadakan pada 6 Julai 2022 bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu bagi kumpulan pelaksanaan pensijilan ISO IEC27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat/Information Security Management System (ISMS) USIM.

Lawatan ini diketuai oleh Profesor Madya Dr.  Nathasa Mazna Ramli, Timbalan Pengarah Pengurusan Kualiti dan Pentadbiran, Pusat Jaminan Kualiti (CQA), USIM dan turut dihadiri oleh Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko SCIROSH, Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan SCIROSH serta pegawai daripada Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC), Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) dan pegawai dari CQA.

Pihak UMT disambut oleh warga Pusat Pengurusan dan Penjaminan Kualiti (PPPK) UMT yang diketuai oleh  Dr. Abdul Hafaz Ngah, Timbalan Pengarah PPPK dan turut dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Mohd Nazli Mohd Nor, Pengarah Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR), Profesor Madya Dr. Akmalia Mohamad Ariff, Timbalan Ketua Juruaudit ISMS, Profesor Madya Ts. Dr. Rosmayati Mohamad serta wakil pengurusan daripada Pusat Ekosistem Digital (PED) dan Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA) UMT.

Lawatan ini bertujuan untuk pihak USIM mendapatkan perkongsian daripada pihak UMT berkaitan dengan pelaksanaan pensijilan ISO IEC27001:2013 ISMS yang telah bermula pada tahun 2018. Pihak UMT turut memaklumkan bahawa pada hari yang sama, pihak UMT telah selesai menjalankan audit kualiti bersepadu dalaman di UMT dan pada pagi 6 Julai 2022 merupakan majlis penutup audit yang telah dijalankan selama dua (2) minggu yang diberi nama Integrated Internal Audit (IIA).
Pihak USIM mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pihak UMT di atas kesudian menerima kunjungan delegasi USIM dan kesudian untuk berkongsi pengalaman UMT dalam pelaksanaan ISO ISMS ini. Diharapkan agar jalinan kerjasama ini akan terus berkekalan dan semoga pelaksanaan ISO ISMS ini dapat meningkatkan lagi tahap pengurusan kualiti di Universiti Awam.
Sumber gambar: https://www.facebook.com/MediaKreatifUMTofficial/