NILAI, 22 Mac 2022 – SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah menjalankan audit pensijilan semula bagi ISO9001:2015 dan MS1900:2014 di Universiti Sains Islam Malaysia secara dalam talian sepenuhnya (remote) pada 21 Mac 2022 hingga 1 April 2022.

Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) turut terlibat dengan proses semakan audit khususnya di bawah skop ISO9001:2015 di Unit Pengurusan Risiko dan skop MS1900:2014 di Unit Pematuhan Syariah.

Sesi audit ini diketuai oleh Puan Asiyah binti Haron dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan semua staf SCIROSH memberikan kerjasama untuk sama-sama membantu dalam menyediakan bahan audit dan temubual dengan pihak auditor. Turut serta dalam sesi pembukaan ini pada 22 Mac 2022 di SCIROSH adalah Tuan Haji Mazlan Nawang, Ketua Bahagian SCIROSH dan Dr. Nisar Mohammad Ahmad, Penyelaras Syariah SCIROSH untuk memberikan kerjasama untuk sesi audit.

Diharapkan agar segala proses audit berjalan lancar dan sebarang maklum balas daripada pihak audit akan diambil tindakan penambahbaikan oleh pihak berkaitan sebagai memenuhi keperluan sistem pengurusan kualiti yang telah ditetapkan.