NILAI, 6 Disember 2022 – Bengkel Penyediaan Analisis Jurang (Gap Analysis) Staf Pentadbiran SCIROSH pada 6 Disember 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat SCIROSH & PLMJI. Bengkel ini diadakan bertujuan menyediakan laporan analisis jurang melibatkan 15 teras berpandukan rubrik yang disediakan oleh Seksyen Latihan dan Pembangunan, Jabatan Pendaftar. Alhamdulillah bengkel telah selesai diadakan dan draf laporan analisis telah siap untuk proses kelulusan serta perancangan kursus dan latihan peningkatan kompetensi untuk semua staf SCIROSH bagi tahun 2023.