NILAI, 10 April 2021 – Bengkel Semakan Dashboard Risiko Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diadakan pada 10 April 2021 bertempat di Galeri Canselori, Aras 1, Bangunan Canselori USIM. Bengkel disampaikan oleh Dr. Rabihah Md. Sum, Pensyarah Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko dari Fakulti Sains dan Teknologi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko USIM.

Bengkel ini merupakan bengkel anjuran PPKP secara bersama dengan Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko SCIROSH yang dihadiri oleh staf dari PPKP yang dalam usaha untuk membangunkan dokumen pengurusan risiko dan pengurusan peluang skop kemasukan pelajar. Bengkel ini turut dihadiri oleh Puan Zurina Md Saad, Penolong Pendaftar Kanan, Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko, SCIROSH.

Pihak SCIROSH berharap agar bengkel ini dapat memberi ilmu dan manfaat kepada semua ahli dan diharapkan agar pihak PPKP dapat membangunkan dokumen pengurusan risiko dan peluang dengan baik dan dalam tempoh yang telah ditetapkan.