NILAI, 10 NOVEMBER 2021 – Unit Integriti, Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) dengan kerjasama Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar USIM telah menganjurkan Webinar Integriti Siri 2 bertajuk Gangguan Seksual: Gurauan atau Ancaman.

Webinar kali ini disampaikan oleh Dr. Azura Hamdan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dijemput khas oleh Unit Integriti SCIROSH bagi berkongsi pengalaman beliau dalam mengendalikan kes gangguan seksual di tempat kerja.

Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang psikometrik psikologi dan gangguan seksual turut berkongsi dengan pihak USIM Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018 berkaitan dengan Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja. USIM juga telah menerima pakai pekeliling ini menerusi Pekeliling Pentadbiran Bilangan 4 Tahun 2021 – Garis Panduan Pengendalian Kes Ganggual Seksual di Tempat Kerja USIM.

Sesi ini diadakan secara dalam talian menerusi platform Microsoft Teams bermula pada jam 3.00 petang dan diakhiri pada jam 5.30 petang. Perkongsian beliau yang sarat dengan maklumat kategori gangguan seksual serta langkah-langkah pencegahannya turut menarik minat peserta untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan kaedah siasatan serta langkah pencegahan.

Diharapkan agar webinar ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadiri khususnya kepada Ketua Jabatan, Pegawai Penyiasat Dalaman USIM, Pegawai Psikologi, Pegawai di Jabatan Undang-Undang, Jabatan Pendaftar, SCIROSH dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar agar lebih cakna berkaitan dengan pengendalian kes ini dan membuat program-program pencegahan di PTj masing-masing untuk membendung peluang dan ruang berlakunya gangguan seksual samada di peringkat staf mahupun pelajar.