NILAI, 17 November 2021 – Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SKKP), Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Bencana dan Pengosongan Bangunan kepada warga USIM.

Penceramah bagi kursus ini disampaikan oleh Dr. Sharudin Shari, Ahli Lembaga Pengarah, National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH). Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga USIM berhubung dengan kaedah pengurusan bencana dan kaedah pengosongan bangunan yang merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

Kursus ini diadakan pada 17 November 2021 bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 1.30 tengah hari. Kursus ini dihadiri oleh Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan peringkat pusat tanggung jawab (PTj) dan merupakan wakil di setiap PTj di USIM. Kursus ini dilaksanakan secara dalam talian menerusi platform Microsoft Teams dengan perkongsian secara teori dan perkongsian kes daripada penceramah yang menjadikan sesi pengajaran lebih interaktif dan menarik.

SKKP SCIROSH USIM berharap agar peserta bagi kursus ini mendapat manfaat daripada perkongsian yang diberikan oleh penceramah yang pakar dalam bidang pengurusan bencana seterusnya membolehkan semua PTj dan USIM amnya dapat melaksanakan sistem pengurusan bencana dan pengosongan bangunan dengan baik.

 

Disediakan oleh

 

Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan