NILAI, 22 Julai 2022 – Webinar Syariah Siri 2 Tahun 2022 bertajuk Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam Pembuatan Keputusan telah diadakan secara dalam talian menggunakan platform Zoom anjuran Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) dengan Kerjasama Unit Latihan, Jabatan Pendaftar. Webinar ini telah disampaikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Mohamad Zaharuddin Zakaria, Ahli Bersekutu Panel Syariah yang juga merupakan Pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU).

Webinar ini telah dihadiri oleh warga USIM seramai 50 orang melalui medium zoom dan 20 orang melalui siaran langsung media sosial Facebook Jabatan Pendaftar USIM. Melalui webinar ini, panel telah menyentuh kaedah dan penilaian yang perlu diambil untuk menetapkan atau memutuskan keputusan di dalam organisasi terutamanya penentuan hukum atau keputusan berasarkan niat. Kaedah fiqh yang di ketengahkan adalah kaedah terbaik sebelum sesuatu keputusan untuk pelaksaan sesuatu dasar atau agenda di aplikasi oleh sesebuah organisasi tersebut. Ini sekaligus memberikan kefahaman dan penjelasan kepada semua peserta berkaitan pelaksanaan pembuatan keputusan yang lebih patuh syariah yang mementingkan disiplin, ketepatan dan keberkatan dari Allah SWT.

Pelbagai soalan telah diajukan oleh peserta yang hadir pada sesi webinar kali ini dan berjaya dirungkai dan dijawab oleh penceramah dengan pemberian contoh-contoh yang sangat jelas untuk dipraktikkan. Sebagai kesimpulan, mempelajari atau mendalami kaedah-kaedah fiqh adalah satu keperluan supaya keputusan yang dibuat berpandukan syarak dan mendapat keberkatan Allah swt.

 

Disediakan oleh

 

Mohd Hazrul Fareeza Harun
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Pematuhan Syariah dan Pentadbiran Am