NILAI, 24 Disember 2021 – Satu Webinar Syariah Siri-7 Amalan Nilai Murni dalam Keperluan Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Shariah MS1900:2014 telah diadakan secara dalam talian menggunakan platform Zoom dan ceramah disampaikan oleh Dr. Hisham Sabri, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM). Webinar ini adalah anjuran Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti dan Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) dengan Kerjasama Unit Latihan, Jabatan Pendaftar.

Webinar tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada semua kakitangan USIM khusunya dan masyarakat awam amnya berkaitan Keperluan Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Shariah MS19002014 serta amalan-amalan nilai murni yang boleh dilaksanakan. Webinar ini juga menjelaskan kepada semua pihak apakah kepentingan bagi setiap organisasi mendapatkan dan mengikuti pensijilan MS19002014 ini.

Sepanjang webinar ini berlangsung, para peserta diberi pendedahan berkaitan apakah yang dimaksudkan dengan MS19002014 serta amalan-amalan yang ditekankan oleh pihak SIRIM bagi mencapai maksud patuh shariah. Peserta juga turut di dedahkan dengan penemuan-penemuan berdasarkan kepada pengalaman penceramah sepanjang membuat audit di beberapa tempat di seluruh Malaysia. Antara penemuan yang dijumpai adalah ketidakupayaan kakitangan di sebuah organisasi berkaitan agama Islam namun kakitangannya tidak dapat membaca surah fatihah dan pelbagai lagi pengalaman yang lainnya. Webinar ini diakhiri dengan 2 soalan dan beberapa cadangan penambahbaikan daripada para peserta berkaitan perkara-perkara pematuhan Syariah di dalam USIM.

Akhir sekali, diharapkan agar webinar ini dapat membantu para peserta dalam menetukan sesuatu pekara sebelum membuat keputusan di masa hadapan untuk kebaikan diri, keluarga dan organisasi.

 

Disediakan oleh

Mohd Hazrul Fareeza Bin Harun
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Pematuhan Syariah dan Pentadbiran Am