NILAI, 25 Mac 2021 – Satu sesi pertemuan Ketua Bahagian Scirosh, Penyelaras Syariah dan Pengerusi Jawatankuasa Panel Syariah USIM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Canselori Aras 5, Bangunan Canselori. Pertemuan ini adalah pertemuan pertama yang diadakan selepas YBhg. Profesor Dr. Amir Husin Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Panel Syariah USIM bertujuan untuk menyelaraskan mesyuarat dan isu-isu syariah.