NILAI, 28 Jun 2022 – SCIROSH telah dilawati oleh pelajar daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Cawangan Seremban, Negeri Sembilan bagi menemubual staf di Unit Pengurusan Risiko SCIROSH. Temubual ini merupakan input untuk penulisan kajian pelajar tahun akhir UiTM ini yang membuat kajian berkaitan dengan pengurusan risiko di universiti awam dan cabaran dalam mendepani pasca pandemik Covid-19. Sesi temubual ini turut disertai oleh Tuan Haji Mazlan Nawang selaku Ketua Bahagian SCIROSH, pegawai dari Unit Integriti dan juga pegawai dari Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Pihak SCIROSH mendoakan agar pelajar tersebut memperolehi kejayaan dalam pengajian dan hasil penulisan tersebut dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak.