NILAI, 19 Mac 2021 – Sesi Pertemuan bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pengurusan Risiko, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diadakan pada 19 Mac 2021. Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti telah bersetuju untuk melantik YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah, Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM dan juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah USIM sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Pengurusan Risiko USIM.

Sesi ini diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar, Aras 2, Canselori bersama dengan Ketua Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan SCIROSH, Dr. Rabihah Sum, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan juga Puan Zurina Md. Saad selaku Ketua Unit Pengurusan Risiko dan Integriti SCIROSH.

Pihak SCIROSH dan USIM mengucapkan tahniah kepada YBhg. Dato’ di atas pelantikan ini dan seterusnya dapat membantu memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar berkaitan dengan pengurusan risiko di USIM.