Nilai,30 April 2024-Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko Dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) akan menganjurkan Seminar Risiko Integriti Akademik 2024.

Objektif penganjuran seminar ini adalah memberikan pendedahan mengenai keseriusan isu-isu integriti akademik, menyediakan platform perkongsian informasi berkaitan kes kes integriti akademik, memberikan kesedaran berkaitan pengurusan risiko integriti akademik dan Membantu memberikan informasi mengenai tindakan dan hukuman kes integriti akademik.