NILAI, 1 NOVEMBER 2021 – Unit Pengurusan Risiko telah mengadakan lawatan penanda aras secara maya ke Seksyen Perancangan Strategik Dan Pengurusan Risiko UPM pada 1 November 2021, Isnin jam 10 pagi. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui fungsi dan amalan tadbir urus terbaik pengurusan risiko yang dilaksanakan oleh pihak UPM dalam menguruskan risiko di peringkat Universiti.

Lawatan ini dihadiri oleh Ketua Bahagian SCIROSH, Hj Mazlan Nawang dan staf dari Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko dan Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Selain itu, lawatan ini juga dihadiri oleh wakil dari Usim Alamiyyah iaitu Hj Saupi bin Pauzi, Pengarah Usim Alamiyyah dan Cik Ashikin Abdullah untuk bersama-sama mendengar perkongsian dari UPM berkenaan risiko strategik universiti. Manakala, wakil dari pihak UPM pula diketuai oleh Encik Noor Mohammad bin Shakil Hameed, Timbalan Pengarah dan staf dari Seksyen Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM.

Sepanjang sesi perbincangan ini, Encik Noor Mohammad telah membentangkan beberapa perkara berkenaan latar belakang pengurusan risiko UPM, maklumat jawatankuasa berkaitan pengurusan risiko beserta fungsi dan dasar dan garis panduan yang diguna pakai dalam tadbir urus pengurusan risiko universiti. Pengurusan risiko di UPM adalah berfokus dalam menguruskan risiko strategik dan risiko operasi yang terdiri daripada pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti dan ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat serta Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (HIRARC).

Akhir kata, sesi lawatan dan perbincangan ini sangat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak kerana dapat berkongsi sebanyak mungkin ilmu pengetahun dan maklumat yang boleh dijadikan contoh di dalam melaksanakan pengurusan risiko di peringkat universiti. Sesi ini diakhiri dengan ucapan penutup dan terima kasih oleh Ketua Bahagian SCIROSH dan sesi fotografi dalam talian.

 

Disediakan oleh,

 

Laila Fahada Ahmad Puhad
Penolong Pendaftar
Unit Pengurusan Risiko
Universiti Sains Islam Malaysia