NILAI, 3 SEPTEMBER 2021 – Unit Pengurusan Risiko  telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Bahagian Pengurusan Risiko, Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti dan Risiko UTeM pada hari Jumaat, 3 September 2021 yang lalu. Lawatan ini diadakan secara dalam talian menerusi platform Microsoft Teams memandangkan negara kita masih lagi berada di dalam fasa pelan pemulihan negara.

Lawatan ini telah dihadiri oleh Ketua Bahagian SCIROSH iaitu Hj Mazlan Nawang serta staf kakitangan Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko, SCIROSH. Manakala, delegasi dari pihak UTeM diwakili oleh kakitangan Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti dan Risiko (PPSKR) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hidayat bin Zainuddin selaku Pengarah PPSKR UTeM.

Objektif lawatan ini diadakan adalah sebagai inisiatif Unit Pengurusan Risiko, SCIROSH untuk menimba ilmu serta mengetahui fungsi dan amalan terbaik pengurusan risiko yang dilaksanakan oleh pihak UTeM dalam menguruskan hal ehwal pengurusan risiko di peringkat Universiti.

Perkongsian berkenaan tadbir urus pengurusan risiko UTeM telah disampaikan oleh  Prof. Madya Dr. Hidayat bin Zainuddin dengan menjelaskan secara terperinci proses pengurusan risiko yang dilaksanakan di UTeM. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada delegasi UTeM di atas kelapangan menerima kunjungan serta kesudian berkongsi ilmu pengetahun berkenaan  pengurusan risiko Universiti. Diharapkan agar lawatan penanda aras ini dapat memberi idea dan dorongan yang positif kepada Unit Pengurusan Risiko, USIM dalam usaha untuk membangunkan pelan pengurusan risiko di peringkat Universiti kelak.

 

Disediakan oleh

 

Laila Fahada Ahmad Puhad
Penolong Pendaftar
Unit Pengurusan Risiko
Universiti Sains Islam Malaysia