NILAI, 14 April 2021 – Kunjungan Hormat USIM Ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dijalankan secara dalam talian yang diadakan pada 14 April 2021 menerusi platform Microsoft Teams. Delegasi dari USIM disertai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM, YBrs. Tuan Haji Mazlan Nawang,Ketua Bahagian SCIROSH dan Puan Zurina Md Saad,Penolong Pendaftar Kanan, Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko SCIROSH.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kerjasama daripada pihak SPRM khususnya dari Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) yang menyelaras berkaitan dengan pelaporan dari Unit Integriti Agensi Awam. Pihak USIM dalam rangka untuk membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan bagi membendung masalah rasuah di samping meningkatkan tadbir urus dan tahap integriti dalam kalangan warga USIM.
Pihak SPRM dalam lawatan tersebut sempat berkongsi dengan USIM langkah-langkah pembangunan Pelan OACP dan juga langkah-langkah yang boleh diambil oleh USIM dalam membendung masalah rasuah di samping meningkatkan tadbir urus dan tahap integriti dalam kalangan warga USIM. Pihak USIM berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penawaran program atau aktiviti yang menarik berkaitan dengan antirasuah.