NILAI, 21 September 2021 – Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) telah menyertai Bengkel Pembangunan Dokumen Pengurusan Risiko bagi MS ISO IEC 27001 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat atau Information Security Management Sistem (ISMS) yang dianjurkan oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA) pada 20 dan 21 September 2021 secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Teams.

Bengkel ini dihadiri oleh CQA, SCIROSH, Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) dan Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) yang terlibat dalam penyediaan dokumen pengurusan risiko ISMS yang akan dibangunkan oleh USIM kelak bagi memperolehi pensijilan MS ISO IEC 27001 ISMS. Bengkel ini dikendalikan oleh consultant yang dilantik oleh CQA USIM iaitu Encik Nazim berpengalaman dalam membangunkan dokumen ISO ISMS di pelbagai agensi.

Bengkel selama dua hari ini diisi dengan taklimat atau ceramah berkaitan dengan pengenalan MS ISO IEC 27001 ISMS disertakan sekali dengan latih amal untuk membolehkan pihak USIM membangunkan dokumen pengurusan risiko ISMS. Banyak ilmu yang telah dipelajari semasa bengkel ini terutama dalam pengurusan risiko ISMS yang lebih mudah difahami dan dipraktikan untuk menambah kualiti pengurusan sistem keselamatan maklumat di USIM.