NILAI, 27 MEI 2022 – Satu Webinar Syariah Siri-1 2022 – Tadbir Urus Syariah: Isu dan Cabaran telah diadakan secara dalam talian menggunakan platform Zoom dan ceramah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Nurul Aini Muhamed Timbalan Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat merangkap Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM). Webinar ini adalah anjuran Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti dan Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) dengan Kerjasama Unit Latihan, Jabatan Pendaftar.

Webinar tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan serta kefahaman berkaitan tadbir urus syariah di Malaysia amnya dan USIM khususnya kepada semua kakitangan USIM. Ini sekaligus memberikan kefahaman dan penjelasan kepada semua peserta berkaitan pelaksanaan tadbir urus syariah yang mementingkan disiplin, ketepatan dan keberkatan dari Allah SWT.

Sepanjang webinar ini berlangsung, para peserta diberi pendedahan berkaitan apakah yang dimaksudkan dengan Tadbir Urus Syariah serta perkara-perkara yang menjurus ke arah sesuatu ketidakpatuhan syariah yang selalu di hadapi oleh para pentadbir dan pembuat keputusan di peringkat atasan. Peserta juga turut di dedahkan dengan isu-isu yang turut terkait dengan pentadbiran yang tidak patuh syariah dan cabaran yang di hadapi oleh orang-orang yang menjalankan tugasan pentadbiran ini. Webinar ini diakhiri dengan 2 soalan dan beberapa cadangan penambahbaikan daripada para peserta berkaitan tadbir urus Syariah di dalam USIM.

Akhir sekali, diharapkan agar webinar ini dapat membantu para peserta dalam menetukan sesuatu perkara sebelum membuat keputusan di masa hadapan untuk kebaikan diri, keluarga dan organisasi.

 

Disediakan oleh
Mohd Hazrul Fareeza bin Harun
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Pematuhan Syariah dan Pentadbiran Am