NILAI, 28 Jun 2021- Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius dalam isu pandemik COVID-19 di peringkat global, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyokong saranan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang komited untuk menggerakkan dan menjadikan IPT sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam usaha menyokong kerajaan memastikan lebih ramai rakyat dapat suntikan vaksin dan mencapai imuniti kelompok.
Justeru, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT Mega USIM dilancarkan dan beroperasi secara rasminya pada hari ini bagi memastikan sasaran imuniti kelompok meliputi daerah Seremban khususnya dapat dicapai dengan segera.
Kebersamaan warga USIM di dalam menangani wabak pandemik COVID-19 dan merupakan suatu bentuk kolaborasi yang unik bersama-sama dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, COVID-19 Immunisation Task Force (CITF), Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.
Menurut Yang Amat Berhormat Dato Seri Haji Aminuddin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan, pembukaan PPV Mega USIM ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kadar rakyat negeri sembilan yang menerima suntikan vaksin agar dapat melandaikan lengkung jangkitan Covid-19 di Negeri Sembilan khususnya dan negara amnya.
“Sebanyak lima buah PPV lagi akan mula dibuka hari ini sebagai tambahan kepada 94 buah PPV sedia ada di negeri ini ketika ini. Ia adalah di Dewan Pusat Islam Rantau, Dewan Besar Gemas di Tampin, Dewan Majlis Perbandaran Jempol, Kompleks Sukan Komuniti Felda Palong 6 dan Dewan Orang Ramai Sendayan”, ujarnya lagi.
YAB Dato Seri Haji Aminuddin Harun hadir bersama YB Dato Dr Razali Ab Malik Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Tuan Arul Kumar A/L Jambunathan Adun Nilai Exco Kerajaan Negeri, serta Prof Dr Muhammad Shamsir Mohd Aris Pengarah PPV IPT Mega USIM serta pengurusan university melawat sekitar operasi PPV ini yang berlangsung pada hari ini.
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
Sumber: https://www.usim.edu.my/news/pelancaran-pusat-pemberian-vaksin-ipt-mega-usim-beroperasi-28-jun-2021/