NILAI, 29 Okt 2024- Seramai lebih 500 orang peserta telah menyertai program Seminar Kasih Semurni Usaha KPWKM @Antigangguan Seksual bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) bersama Pelajar dan Warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seminar Kasih Semurni Usaha KPWKM @ Training Of Trainers (TOT) Antigangguan Seksual pada 29 Oktober 2024 yang telah berlangsung di Dewan Utama Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM dengan tema “Kasih Semurni Usaha”. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Program ini juga sebagai platform dalam memberikan peluang yang lebih terbuka kepada generasi muda untuk sama-sama terlibat dalam proses pembentukan dasar dan pembuatan keputusan berkaitan wanita, komuniti, golongan sasar, dan isu sosial semasa negara. Antara PTj yang turut bersama menjayakan program ini ialah Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko, Dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH), Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI), Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Kesatuan Kakitangan Pelaksana USIM (KUSIMA), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU). Antara rakan strategik USIM yang turut hadir dalam menjayakan seminar ini adalah Kolej Murni Nilai dan KPJ Healthcare University, Nilai yang menghantar sejumlah pelajar dan pensyarah bagi menyertai program ini. Objektif penganjuran program ini juga adalah sebahagian daripada usaha untuk melahirkan lebih ramai individu yang berperanan sebagai ejen bagi membantu hasrat Kerajaan untuk menyebar luaskan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi berkaitan advokasi antigangguan seksual di seluruh negara.
Disediakan oleh,
Seksyen Integriti, SCIROSH