NILAI, 29 OKTOBER 2021 – Satu Webinar Syariah Siri-5 Harta Haram dan Syubhat: Punca dan Penyelesaian telah diadakan anjuran Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti dan Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) dengan Kerjasama Unit Latihan, Jabatan Pendaftar. Bengkel ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform Zoom dan ceramah disampaikan oleh Dr. Abdullaah Jalil, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM).
Webinar tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada semua kakitangan dan masyarakat awam berkaitan tanggungjawab dalam menyediakan dan mencari harta yang halal bagi memberi keberkatan dalam kehidupan seharian.
Sepanjang webinar ini berlangsung, para peserta diberi pendedahan dalam menentukan jenis-jenis harta haram dan syubhat yang tidak jelas. Kemudian para peserta juga didedahkan mengenai kaedah melaksanakan pengurusan yang terbaik bagi menyucikan serta membersihkan harta yang haram dan syubhat tersebut. Selain itu, peserta juga diajar untuk mengenalpasti kaedah yang terbaik untuk menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan berkat terutama dalam menjadikan keluarga Bahagia dan kematian yang diredhai.
Webinar ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan terdapat 3 soalan dari peserta berkaitan insurans, saham dan takaful. Akhir sekali, diharapkan agar webinar ini dapat membantu para peserta dalam melaksanakan pengurusan harta haram dan syubhat yang terbaik di dalam kehidupan dan keluarga.
Disediakan oleh
Mohd Hazrul Fareeza Bin Harun
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Pematuhan Syariah dan Pentadbiran Am