Unit Pengurusan Risiko, Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko SCIROSH bertanggungjawab dalam membantu pusat tanggung jawab (PTj) di USIM dalam usaha membangunkan dokumen pengurusan risiko PTj dan USIM.
Dokumen Pengurusan Risiko dan Peluang merupakan dokumen untuk merekodkan daftar risiko dan peluang bagi sesebuah organisasi atau jabatan dan kawalan untuk mengatasi risiko serta mencapai peluang tersebut.

Dokumen Pengurusan Risiko dan Peluang ISO9001:2015
Pembangunan Dokumen Pengurusan Risiko dan Pengurusan Peluang adalah berdasarkan kepada Standard MSISO 9001:2015 – Sistem Pengurusan Kualiti yang disediakan oleh Jabatan Standard Malaysia. Pelaksanaan Pembangunan Pengurusan Risiko dan Pengurusan Peluang di USIM adalah berdasarkan kepada Buku Risk and Opportunity Management Guideline yang diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Risiko dan Integriti, 2018.

Dokumen Pengurusan Risiko ISMS ISO/IEC27001
Pembangunan dokumen pengurusan risiko bagi Information Security Management System (ISMS) adalah berdasarkan kepada Standard ISO/IEC 27001 yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia dan Buku Panduan dan Keperluan Pensijilan MS ISO/IEC27001 dalam Sektor Awam yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
