Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) merupakan pergerakan pelajar yang menyebarkan mesej-mesej pencegahan rasuah. Kewujudan AMAR adalah bertitik tolak dari hasil dapatan Kajian Persepsi Masyarakat Malaysia Mengenai Rasuah pada tahun 2002. Hasil dapatan kajian ini menyatakan bahawa:



Hasil dapatan ini adalah satu mesej kepada kerajaan bahawa sesuatu perlu dilakukan diperingkat ini untuk mengubah pandangan dan persepsi pelajar mengenai keterbukaan terlibat dengan perbuatan rasuah yang sepatutnya dipandang serius sebagai satu jenayah berat di negara ini. Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi telah bersetuju untuk menubuhkan SPR di 20 Universiti Awam di Malaysia pada 6 Disember 2007 yang dirasmikan oleh YB Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada masa tersebut
SPRM telah mencadangkan agar diwujudkan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) di 20 buah IPT awam dan pelancaran telah dibuat pada tahun 2007. Setelah sedekad kewujudan SPR, SPRM telah menjenamakan semula SPR untuk diberi imej baru dan hala tuju yang lebih jelas. Pada tahun 2018, menerusi proses penjenamaan semula, SPR telah dijenamakan sebagai AMAR bersama dengan identiti, profail dan imej yang tersendiri.
Objektif
Nilai Korporat



Struktur Organisasi

PENASIHAT BERSAMA
Ketua Pesuruhjaya SPRM
& TNC (Hal Ehwal Pelajar)

KETUA PENYELARAS
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM /
Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri

PENYELARAS
Pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM &
Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar

PRESIDEN
Pelajar

TIMBALAN PRESIDEN
Pelajar

SETIAUSAHA
Pelajar

TIMBALAN SETIAUSAHA
Pelajar

BENDAHARI
Pelajar

TIMBALAN BENDAHARI
Pelajar
Jawatankuasa Kerja

MULTIMEDIA & PUBLISITI
Pelajar

EKONOMI & KEUSAHAWANAN
Pelajar

PEMBANGUNAN INSANIAH
Pelajar

PERHUBUNGAN LUAR & KORPORAT
Pelajar

KESUKARELAWAN & KEMASYARAKATAN
Pelajar

AKADEMIK & INTELEKTUAL
Pelajar
Peranan Ahli AMAR
-
Menyelaraskan urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan program pencegahan rasuah sama ada yang dianjurkan oleh SPRM atau badan-badan pertubuhan pelajar. Ini termasuklah penyelarasan bagi mendapatkan penyertaan komuniti/warga kampus atau hebahan makluman program
-
Memberi panduan dan informasi mengenai cara-cara pengendalian program-program pencegahan rasuah dan menyampaikan maklumat-maklumat aktiviti yang dianjurkan
-
Menjadikan organisasi perantara di antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar, SPRM dan pelajar di dalam pelaksanaan program-program pencegahan rasuah
-
Mewujudkan suasana ceria AMAR dengan kelengkapan peralatan publisiti seperti banting, logo, pelekat, risalah dan lain-lain bahan penerbitan