Unit Integriti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 yang bertanggungjawab untuk mengurus dan melaksanakan inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku serta tindakan punitif seara lebih fokus, terancang, efisien dan optimum, selaras dengan pekeliling ini. Unit Integriti bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor selaku Ketua Jabatan sebagaimana takrifan dalam pekeliling ini. Unit Integriti USIM ditempatkan di bawah Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) yang ditubuhkan pada 1 Januari 2021.

Klik imej untuk muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013

Sejarah Penubuhan Unit Integriti USIM

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggariskan enam (6) fungsi Unit Integriti agensi awam seperti berikut:

Sila klik pada ikon untuk maklumat lanjut bagi fungsi berkaitan

Tadbir Urus

Memastikan tadbir urus di USIM yang terbaik dengan penubuhan Jawatankuasa dan pembangunan Pelan Dasar / Garis Panduan berkaitan dengan Integriti dan Antirasuah

*Sila klik pada imej untuk muat turun dokumen

Pengukuhan Integriti

Pengukuhan Integriti adalah merupakan salah satu tanggungjawab penting bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam agensi

Pengurusan Aduan

Pengurusan penerimaan maklumat/aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika agensi bagi memastikan tindakan lanjut dapat diambil

Pengesanan dan Pengesahan

Pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.

Pematuhan

Pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa adalah perlu di setiap agensi awam bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai dan kakitangan melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tatakelakuan dan etika

Tatatertib

Melaksanakan fungsi urus setia Jawatankuasa Tatatertib berdasarkan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan kerja-kerja pengurusan tatatertib.

*Fungsi tatatertib diuruskan oleh Jabatan Undang-Undang (JUU). Sila rujuk di laman web https://juu.usim.edu.my

Konsep Pengasingan Kuasa (Segreration of Power) bagi kes tindakan tatatertib di bawah Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)

Hubungi

Unit Integriti
Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko
Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko
dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Aras 3, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai
Negeri Sembilan darul Khusus

Tel: 06-798 6646 | E-mel: integriti@usim.edu.my

Direktori Staf Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko
Pusat Governans, Integriti & Antirasuah Nasional (GIACC)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)
Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam (MPIUA)
Association of Certified Integrity Officer (ACeIO)
Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) USIM