
Prof. Madya Dr. Mohd Hafez Mohd Isa
Pengarah
I-ROSH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala pujian dipanjatkan ke hadrat Allah (swt), Selawat dan Salam diucapkan kepada junjngan besar Nabi Muhammad (saw) dan para ahli keluarga baginda. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak khususnya kepada pihak Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di atas kepercayaan untuk melantik saya sebagai Pengarah untuk menerajui Pusat Pematuhan Syariah, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (I-ROSH), sebuah pusat tanggung jawab (PTj) baharu yang ditubuhkan oleh USIM.
I-ROSH merupakan sebuah PTj yang melapor terus kepada Naib Canselor berkaitan dengan Pematuhan Syariah, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau Occupational Safety and Health (OSH). Saya mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Pusat Pematuhan Syariah, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (I-ROSH) yang dibangunkan bertujuan untuk memberi rujukan dan panduan kepada warga USIM dan pelawat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan I-ROSH.
Akhir bicara, saya menjemput semua warga USIM dan pengguna halaman web ini untuk memberi sebarang pandangan dan maklum balas bagi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan I-ROSH pada masa akan datang. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi laman web I-ROSH ini dan diharapkan maklumat yang disediakan dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua.
“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”
Sekian, wassalam.
Saya yang menjalankan amanah,
PROF. MADYA DR. MOHD HAFEZ MOHD ISA
Pengarah
Pusat Pematuhan Syariah, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (I-ROSH)
